"Durian atas titi Pisang dalam dulang Sukanya rasa hati Ayah sudah pulang"
Assalamualaikum WRT dan Salaam Sejahterah...
sungguh kita tidak dapat melihat betapa besarnya pengorbanan seorang ayah, andai suatu hari nanti kita diberi peluang untuk mengalas tanggungjawab sebagai seorang ayah... adakah kita mampu???
Ayah adalah insan yang sangat bernilai yang kita tidak dapat beli dengan wang ringgit. Namun mengapa anak-anak tidak dapat merapatkan diri dengan ayah.. apakah faktornya??? siapa yang patut bertanggungjawab???
sekian...
salam sejahtera. Pada pandangan saya,kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa adalah kanak-kanak akan selalunya akan terlibat dengan masalah-masalah ataupun gejala sosial.contohnya,terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana. Di samping itu juga, kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam pelajaran .Di mana kanak-kanak akan ponteng sekolah dan seterusnya menyebabkan mereka tercicir dengan pelajaran. Di sini peranan bapa penting untuk mengenali anak mereka seperti siapa rakan-rakan anak mereka dan perlulah mengambil tahu setiap aktiviti anak-anak mereka. Seorang bapa sepatutnya tidak menjadikan alasan kesibukan berkerja dan seterusnya menghadkan masa untuk bersama-sama dengan anak mereka.Ada sebuah kajian yang dilakukan oleh University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah. Dikatakan anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya. Jadi di sini jelaslah bahawa peranan bapa penting dalam membimbing anak-anak mereka ke arah yang benar sama ada di dunia mahupun akhirat.
ReplyDeletesalaam sejahterah. ucapan terima kasih kerana saudari sudi berkunjung di blog saya. pandangan saudari sememangnya dapat membantu dalam penilaian saya terhadap hubungan seorang anak dan ayah mereka.
ReplyDeleteAssalamualaikum saudari ruhaimah, saya amat tertarik dengan tajuk forum yang saudari kemukakan. Pada pandangan saya,Seperti kata seorang ahli psikologi terkenal dari Austria, Sigmund Freud, secara semula jadi anak lelaki lebih cenderung bersama ibu manakala anak perempuan pula dengan ayah. Sebab itu, mengikut Freud, secara naturalnya dapat dilihat kebanyakan anak-anak lelaki lebih rapat dengan ibu sehingga berkongsi segala masalah peribadi dan menjadikan ibu sebagai sahabat baik mereka. Anak perempuan pula sebaliknya mengikut Freud sejak kecil selalu menjadikan ayah mereka sebagai 'hero' malah mereka selalu cemburu bila ayah bermesra dengan ibu kerana dianggap cuba merampas kasih mereka kepada ayah. Antara faktor yang menyebabkan anak-anak tidak lagi rapat dengan ayah mereka adalah anak-anak kurang mendapat didikan agama yang sewajarnya. Anak-anak tidak memahami adab hendak menghormati orang tua mereka sehingga melakukan sesuatu perkara yang diluar jangkaan ibu bapa mereka. Selain itu, anak-anak juga terlibat dengan gejala-gejala sosial yang merosakkan masa depan mereka. Sebagai seorang ibu bapa yabg bertanggungjawab seharusnya harus menitikberatkan didikan agama kepada anak mereka. Pendidikan anak-anak adalah bermula dari rumah jadi jelaslah dapat dilihat ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan kemenjadian anak-anak mereka.
ReplyDeletewaalaikummusalam diana. sesungguhnya saudari sangat prihatin terhadap perkongsian yang saya berikan di laman ini. iaitu setiap forum yang saya buka anda adalah pengunjung utama yang membantu dalam memberi pandangan dalam sudut pertumbuhan kanak-kanak.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePerapatan terbentuk sejak lahir. Interaksi dan perapatan ibu bapa dengan anak memberi kesan terhadap perkembangan emosi anak-anak itu sendiri. Tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa menjadi model kepada anak-anak dan membentuk gaya perapatan dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain.
ReplyDeleteSelain itu, ada pendapat mengatakan perapatan terbina sejak bayi berada dalam kandungan ibunya menyebabkan bakal ibu digalakkan untuk berinteraksi dan mengusap perut untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak. Apabila lahir, pelukan, usapan, belaian dan ciuman ketika menyusukan anak adalah detik permulaan bagi membina hubungan rapat antara ibu dengan anak. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang banyak bukanlah penentu kepada perapatan. Kajian menunjukkan penggunaan masa yang berkualiti dalam hubungan lebih banyak mempengaruhi bentuk perapatan yang dibina terutamanya hubungan ayah dengan anaknya.
Masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan bapanya.
Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.
Kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka.
Assalammualaikum saudari ruhaimah.. Perapatan ialah hubungan kasih sayang yang berlaku antara manusia sesama manusia. Melalui perkongsian masalah, cadangan dan selalu berinteraksi akan membentuk sebuah hubungan perapatan yang erat antara manusia. Terutamanya, hubungan perapat dengan ibu bapa sememangnya harus disemai sejak dari awal kelahiran lagi. Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti. Kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Masalah sebergini akan terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak.
ReplyDeletewaalaikummusalam izaty. sesungguhnya saudari sangat prihatin terhadap perkongsian yang saya berikan di laman ini. iaitu setiap forum yang saya buka anda adalah pengunjung utama yang membantu dalam memberi pandangan dalam sudut pertumbuhan kanak-kanak.
ReplyDeleteAssalamualaikum saudari ruru,. Pada pendapat saya, komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah sangat penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak supaya tidak ada jurang antara mereka. Mereka boleh melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan.
ReplyDeleteKesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Anak-anak akan merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Perkara ini akan menyebabkan terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebak dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Kadangkala, seorang bapa yang pulang penat dari bekerja seharian biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Perkara ini akan membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum saudari, saya amat tertarik dengan tajuk forum yang saudari kemukakan. Pada pandangan saya,Seperti kata seorang ahli psikologi terkenal dari Austria, Sigmund Freud, secara semula jadi anak lelaki lebih cenderung bersama ibu manakala anak perempuan pula dengan ayah. Sebab itu, mengikut Freud, secara naturalnya dapat dilihat kebanyakan anak-anak lelaki lebih rapat dengan ibu sehingga berkongsi segala masalah peribadi dan menjadikan ibu sebagai sahabat baik mereka. Anak perempuan pula sebaliknya mengikut Freud sejak kecil selalu menjadikan ayah mereka sebagai 'hero' malah mereka selalu cemburu bila ayah bermesra dengan ibu kerana dianggap cuba merampas kasih mereka kepada ayah. Antara faktor yang menyebabkan anak-anak tidak lagi rapat dengan ayah mereka adalah anak-anak kurang mendapat didikan agama yang sewajarnya. Anak-anak tidak memahami adab hendak menghormati orang tua mereka sehingga melakukan sesuatu perkara yang diluar jangkaan ibu bapa mereka. Selain itu, anak-anak juga terlibat dengan gejala-gejala sosial yang merosakkan masa depan mereka. Sebagai seorang ibu bapa yabg bertanggungjawab seharusnya harus menitikberatkan didikan agama kepada anak mereka. Pendidikan anak-anak adalah bermula dari rumah jadi jelaslah dapat dilihat ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan kemenjadian anak-anak mereka.
ReplyDelete