![]() |
FORUM 2: "Rakan Sebagai Tempat Perkongsian" |
Assalamualaikum WRT dan Salaam Sejahterah
Perkembangan & Pertumbuhan kanak-kanak dari Pralahir sememangnya menjadi awasan kepada ibubapa bagi membentuk anak tersebut untuk menjadi seseorang lebih baik atau sebaliknya.
Begitu juga sebagai seorang pendidik kita seharusnya melihat kanak-kanak membesar dalam keadaan baik. Oleh itu, pemilihan rakan sebaya adalah penting agar anak-anak kita dapat memilih rakan yang betul, agar perkembangan kanak-kanak dari segala aspek dapat dititikberatkan.

Salam sejahtera, menurut Che Noraini(2005) rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah.Rakan sebaya yang dimaksudkan di sini adalah golongan yang berada dalam lingkungan umur yang sama, pendidikan atau kelas sosial dan minat .Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka berbanding dengan ibubapa ataupun ahli keluarga yang lain. Hal ini kerana, ketika kanak-kanak mula menginjakkan kaki ke alam persekolahan mereka mulai bergaul dan berinteraksi dengan masyarakat disekeliling mereka. Mereka belajar dan melihat setiap perlakuan yang berlaku di sekelilingnya.Begitu juga dalam pergaulan mereka. Jadi di sini, sekiranya kanak-kanak itu bergaul dengan rakan-rakan yang berkelakuan baik maka hasilnya juga akan baik maka jika sebaliknya berlaku maka hasilnya juga bertentangan. Contohnya kanak-kanak yang mempunyai rakan-rakan yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai yang murni daripada mereka. jika rakan kanak-kanak itu berkelakuan kurang baik seperti memukul kanak-kanak yang lain akan mendorong kanak-kanak ke arah yang negatif. Jadi di sini, siapa rakan kawan kanak-kanak pada hari ini adalah gambaran mereka pada masa hadapan.
ReplyDeletesalaam sejahterah saudari... terima kasih diatas maklum balas yang dinyatakan sebentaar tadi. sungguh memberangsangkan kenyataan anda tersebut.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum saudari ruhaimah, terima kasih kerana mengemukakan isu yang amat amat menarik perhatian saya. Pada pandangan saya, Kita juga perlu mengetahui konsep rakan sebaya itu. Rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.Untuk remaja , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
ReplyDeleteAssalammualaikum..rakan sebaya merupakan pengaruh yang paling besar dalam kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak lebih rela bergaduh dan berselisih faham dengan ibu bapa daripada kehilangan rakan sebaya. Rakan sebaya mampu mempengaruhi kanak-kanak dalam melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Justeru itu pemilihan rakan sebaya juga penting bagi memastikan kanak-kanak tidak terlibat dalam perkara yang merosakkan masa depan mereka. Pemilhan rakan sebaya yang rajin akan mempengaruhi kanak-kanak untuk mempunyai sifat seperti rakan sebaya tersebut. Jika berbincang mengenai pengaruh rakan sebaya dalam perkembangan sosialemosi, kanak-kanak lebih gemar berkongsi masalah dengan rakan sebaya daripada berkongsi dengan ibu bapa. Hal ini kerana mereka beranggap rakan sebaya merupakan penasihat yang baik untuk kehidupan mereka. Mereka lebih menaruh harapan dan kepercayaan kepada rakan sebaya berbanding ibu bapa. Pada peringkat umur kanak-kanak mereka lebih suka berseronok daripada belajar jika ibu bapa selalu memaksa mereka untuk belajar akan berlaku pemberontakan yang akan mengakibatkan kanak-kanak lebih gemar untuk menghabiskan masa di luar bersama rakan sebaya daripada balik ke rumah. Sekian terima kasih.
ReplyDeletewaalaikummusalam saudari diana. sekali lagi kita bersua dalam forum yang banyak berkongsi tentang pendidikan awal kanak-kanak yangs sekian hari memerlukan bimbingan dari golongan pendidikan pada usia dini. sekian.
ReplyDeletewaalaikummusalam saudari wan farhana kerana telah berkunjung ke dalam blog saya. oleh kerana kesudian saudari dalam bersama-sama memberi pandangan terhadap tajuk forum yang telah dikemukakan. memeng benar bahawa rakan sebaya mempu mengubah pendirian seseorang.
ReplyDeleteRakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting kepada pembentukan dan pembangunan seseorang individu. Ini kerana para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang mana lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa.
ReplyDeleteKadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya boleh diterima secara positif dan negatif. Ibu bapa berhak mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak mereka berkawan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Berdasarkan definisi ini, kata kunci yang penting untuk dikaitkan dengan pengaruh sosioemosi kanak-kanak itu ialah "mempunyai minat yang sama". Apabila minat itu sama, bagi mereka rakan sebaya itu merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Permasalahan atau apa-apa yang perlu dikongsi akan dirujuk dengan rakan sebaya. Hal ini kerana wujudnya perapatan yang jitu disebabkan nilai kepercayaan dan minat yang sama.
Selain itu, dari segi pergaulan yang kurang dapat perhatian atau kawalan dari pihak keluarga mereka akan lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebaya. Hal ini di khuatiri pemilihan rakan sebaya yang tidak bermoral akan mempengaruhi perkembangan moral dan sosioemosi mereka. Di mana sosioemosi ini bermaksud keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.
Menurut Teori Perkembangan Havighurst, pada zaman remaja seseorang individu mengalami beberapa perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan sekelilingnya. Persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan,
rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet. Muhd. Mansur Abdullah et al (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu rakan sebaya adalah memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
asslamualaikum saudari... terima kasih diatas maklum balas yang dinyatakan sebentaar tadi. sungguh memberangsangkan kenyataan anda tersebut.
ReplyDeleteAssalamualaikum, pada pendapat saya, kita perlu mengetahui konsep rakan sebaya itu. Rakan sebaya merupakan kumpulan manusia yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat. Kita sedia maklum bahawa remaja malahan kanak-kanak biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.Untuk remaja , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan (Nursuhaili, 2010). Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.Perkembangan sosioemosi mereka juga akan berkembang kerana dalam hubungan persahabatan, pasti ada sedikit perselisihan faham dianatara mereka. Disitulah sosioemosi mereka akan berkembang. Sekian terima kasih.
ReplyDeleteasslamualaikum saudari... terima kasih diatas maklum balas yang dinyatakan sebentaar tadi. sungguh memberangsangkan kenyataan anda tersebut.
ReplyDelete