Assalamualaikum WRT dan Salaam Sejahterah...
hari ini kita kembali sekali lagi untuk memulakan forum yang ke-3
merujuk kepada tajuk kita pada kali ini ia lebih kepada bagaimana keadaan tahap kesihatan mental kanak-kanak diera kemodenan.
Adakah kita dapat melihat anak-anak ini membesar dengan segala keperluan yang mereka sepatutnya mereka perlukan ataupun mereka membesar secara tidak sihat seperti mengalami kemurungan dan sebagainya.
Oleh itu, forum kali ini membahaskan kepentingan menjaga kesihatan mental kanak-kanak dikala ada lagi manusia yang tidak memainkan peranan.

Salam sejahtera, pada pandangan saya keadaaan kesihatan dan mental kanak-kanak di pra-sekolah dan sekolah rendah berada di tahap yang kurang memuaskan. Hal ini kerana dalam era globalisasi yang kian mencabar dan memerlukan berada di kemuncak pemodenan dunia, kebanyakan ibubapa lebih banyak masa berhadapan dengan kerjaya dan berlumba-lumba untuk mengecapi kemewahan duniawi mereka berbanding dengan anak-anak mereka. Ini menyebabkan kebanyakan ibubapa kurang masa untuk bersama-sama dengan anak-anak mereka dan seterusnya menyebabkan pengabaian terhadap anak-anak mereka. kanak-kanak yang terabai akan merasakan diri mereka kurang disayangi dan selalu menyendiri. Hal ini amat menganggu kesihatan mental anak-anak .Ini seterusnya , menjeremuskan kanak-kanak ke arah yang negatif di mana kanak-kanak akan mencari keseronokan dan mencari ketenangan diluar dengan bergaul dengan kanak-kanak yang berkelakuan kurang baik. Di sini timbulnya pelbagai masalah seperti kanak-kanak akan ketinggalan dalam pelajaran serta sentiasa mencari peluang untuk ponteng sekolah. Di sini peranan ibu bapa amat penting dalam memberikan kasih sayang serta perhatian yang secukupnya kepada akan-anak agar tidak berlaku hal yang tidak diingini. Dan ini juga bagi bagi menjaga kesihatan dan mental anak-anak agar sentiasa stabil.
ReplyDeletesalaam sejahterah. terima kasih saudari diatas komen yang diberikan sebentar tadi.
ReplyDeleteassalamualaikum saudari ruhaimah, sekali lagi kita bertemu di forum yang seterusnya. Pada pendapat saya, Kanak-kanak merupakan aset Negara yang amat penting. Untuk membesar dengan sihat dan sempurna, keperluan fizikal dan mental kanak-kanak perlu dipenuhi. Sokongan dari ibu bapa akan dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka sepenuhnya dan membentuk peribadi anak-anak apabila mereka dewasa. Adalah mudah untuk mengenal pasti keperluan fizikal kanak-kanak berbanding dengan keperluan mental dan juga keperluan emosi. Biasanya, ibu bapa akan menyediakan keperluan – keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan sihat, tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanak-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan. Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna, menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru.Seandainya keperluan kesihatan mental dan emosi kanak-kanak tidak dipenuhi, ia boleh mengakibatkan masalah mental di kalangan mereka. Ibu bapa perlu mengetahui keperluan asas kesihatan mental anak-anak mereka agar keperluan ini dapat disediakan dengan sempurna bagi membantu kanak-kanak mempertingkatkan daya kecerdasan, harga dan keyakinan diri serta perkembangan emosi yang baik, kanak-kanak perlu didedahkan dengan keadaan persekitaran yang kondusif, bergaul dengan rakan sebaya yang sesuai dan juga bimbingan yang berterusan dari ibu bapa dan guru-guru.
ReplyDeleteassalammualaikum saudari. Pada pendapat saya, saya tidak bersetuju dengan penyataan tersebut . Bagi saya kita sewajarnya seimbangkan kecerdasan emosi dan sosial dengan kecerdasan intelektual . Kita tidak boleh hanya memandang pada kecerdasan emosi dan sosial semata mata . Ini kerana dalam dunia pekerjaan intelektual penting untuk membuatkan seseorang supaya boleh melakukan pekerjaan dan berfikiran abstrak . Dan saya juga tidak menolak kepentingan kecerdasan emosi dan sosial kerana didalam dunia pekerjaan yang serba mencabar , seseorang perlu mempunyai kecerdasan emosi dan sosial yang akan membolehkan mereka melakukan sesuatu keputusan kerja secara rasional . Itu merupakan pandangan yang ingin saya kongsikan . Sekian, Terima kasih.
ReplyDeletewaaalaikummusalam saudari diana. saya sangat bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh saudari kerana kanak-kanak banyak memerlukan sokongan ibubapa dalam membentuk potensi kanak-kanak
ReplyDeletewaalaikummusalam saudari wan farhana. saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memnerikan cadangan. walaupun ia bertentangan dari pandangan orang lain. tetapi ia tidak salah. semua orang mempunyai pandagan.
ReplyDeleteKanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang mengalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka. Malah, kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut. Oleh itu , kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.
ReplyDeleteAnak-anak yang berusia 12 tahun ( darjah 6 ) yang paling ketara akan mengalami stres yang sangat tinggi kerana mereka perlu menghadapi UPSR. Sudah tentu, ibu bapa meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap anak-anak mereka untuk mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Namun, ibu bapa dan masyarakat sering terlepas pandang tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka akibat kepentingan diri mereka sendiri ini.
Kebiasaannya, sebelum peperiksaan UPSR dijalankan , umat Islam di Malaysia pasti akan merayakan Hari Raya Puasa dan akan pulang ke kampung untuk bersama keluarga. Kebanyakan guru-guru pasti akan membekalkan banyak latihan dan kerja sekolah kepada anak-anak muridnya. Bahkan, ada sebahagian sekolah rendah yang turut mengadakan kelas tambahan ketika cuti sekolah tiba. Kesemua tugasan dan kelas tambahan ini telah menyekat masa murid-murid sekolah ini untuk bergaul dengan sanak saudara yang lain di kampung mereka. Malah ,hal ini turut menyebabkan mereka berasa terbatas untuk melakukan aktiviti di luar rumah dan terpaksa terperuk di dalam bilik demi menyiapkan segala tugasan yang diberikan.
waalaikummusalam saudari izaty. saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memnerikan cadangan. walaupun ia bertentangan dari pandangan orang lain. tetapi ia tidak salah. semua orang mempunyai pandagan.
ReplyDeleteAssalamualaikum kepada saudari. Kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang mengalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka. Malah, kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut. Oleh itu , kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.
ReplyDeleteAnak-anak yang berusia 12 tahun ( darjah 6 ) yang paling ketara akan mengalami stres yang sangat tinggi kerana mereka perlu menghadapi UPSR. Sudah tentu, ibu bapa meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap anak-anak mereka untuk mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Namun, ibu bapa dan masyarakat sering terlepas pandang tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka akibat kepentingan diri mereka sendiri ini.
Secara keseluruhannya,saya amat bimbang seandainya keadaan kesihatan mental kanak-kanak menghadapi stress yang tinggi. Justeru itu, saya meminta agar semua masyarakat bekerjasama untuk memantau keadaan kesihatan mental mereka.

ReplyDelete